Misi, Visi dan Objektif JPPH


MISI

Kami akan memberi perkhidmatan penilaian, perundingan dan penyebaran maklumat di dalam bidang harta tanah yang boleh dipercayai, menetapi masa serta profesional kepada para pelanggan kami.

VISI

Untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam memberi perkhidmatan penilaian harta tanah dan maklumat harta tanah menjelang tahun 2015



BOLEH DIPERCAYAI

Di mana para pelanggan kami mempunyai keyakinan terhadap kecekapan perkhidmatan kami.

MENETAPI MASA

Di mana kepantasan dan kualiti menjadi cara kehidupan kami.

PROFESIONAL

Di mana standard dan etika dimajukan untuk kepentingan awam.

OBJEKTIF JPPH

Bagi mencapai visi dan misi Jabatan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah mengenalpasti objektif berikut :

  • Memberi perkhidmatan penilaian, informasi dan penyelidikan yang berkualiti secara berterusan.
  •  Memperluaskan perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan harta di agensi kerajaan.
  • Menjadikan JPPH bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kerajaan.
  • Mewujudkan Pusat Kajian Lanjutan Harta Tanah 

Image Hosted by ImageShack.us